assalamualaikum w.b.t

selamat datang dan salam 1 malaysia ke dalam blog saya tujuan dan matlamat saya mengakses blog adalah untuk menambahkan ilmu dan nak mengembangkan alam perniagaan kepada semua kaum di malaysia yang kita semua sayangi dan dicintai



Mengenai Saya

Foto saya
T.INTAN, PERAK, Malaysia
SEORANG YG SENTIASA CINTAKAN PADA KERJA DAN SENTIASA FOKUS 100% PADA KERJA

ZON BEBAS

HULU SELANGOR – Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan calon P Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN) dan Datuk Zaid Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat.Dua calon bebas pula, bekas Naib Ketua Bahagian MIC Hulu Selangor, VS Chandran dan ahli perniagaan, Johan Mohd Diah.Keputusan berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hulu Selangor, Norhisham Ahmad Dahlan kira-kira jam 11.25 pagi semalam.
Katanya, sehingga tempoh bantahan ditutup jam 11 pagi, saya tidak menerima sebarang bantahan,” katanya di pekarangan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor, semalam.
Terdahulu sebaik pusat penamaan calon dibuka, Zaid yang berbaju Melayu diiringi Penasihat Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar :borang pencalonan kira-kira jam 9.06 pagi sebelum diikuti Kamalanathan jam 9.30 pagi, Chandran dan Johan selang sepuluh minit kemudian.
Turut kelihatan isteri Zaid, Suliana Shamsuddin Alias, 54 dan anaknya Alysha Azrin, 17, bagi memberikan sokongan.
Manakala kem BN, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai perarakan penyokong dari Bangunan UMNO Hulu Selangor.
Proses penamaan calon yang memakan masa kira-kira empat jam bermula jam 9 pagi itu melibatkan proses penamaan, bantahan dan pengumuman dibuat selepas itu.
Dianggarkan melibatkan lebih 1000 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal keselamatan termasuk penggunaan helikopter.



  HULU SELANGOR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjelaskan calon Pakatan Rakyat (PR) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sekarang sudah berubah semenjak pulang dari Mekah.

Katanya, dakwaan mengaitkan calon PR itu sebagai individu yang kerap bersosial dan 'kaki minum' adalah tidak adil kerana ia berbentuk tuduhan semata-mata tanpa memberi ruang kepadanya membuat penjelasan.
“Saya tidak baca blog, jadi saya tidak tahu, tetapi sebagai orang Islam, kita perlu bertanya dengan tuan badan sendiri, bukannya mempercayai blogger,” katanya ditanya media di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, semalam.
Beliau mengulas dakwaan banyak blogger yang mendakwa Zaid seorang yang kuat bersosial dan 'kaki minum' serta tidak sesuai dijadikan calon PR untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.
Mengenai tindakan Zaid, yang pernah menyaman Kerajaan Kelantan kerana mahu mewujudkan hukum hudud, Hadi berkata, perkara itu sudah diselesaikan.
“Zaid telah tarik balik saman tersebut, jadi sekarang perkara itu bukan lagi menjadi isu,” katanya.
Hadi, yang juga Ahli Parlimen Machang, menyatakan keyakinannya bahawa PKR mampu memenangi PRK itu kerana sokongan kuat penduduk.
“Kita boleh membuat kejutan di sini,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula menegaskan isu minum arak tidak perlu diperbesar-besarkan dan menjelaskan ada dalam kalangan pemimpin terdahulu yang peminum.:
“Apapun, Zaid sekarang sudah berubah dan kita nampak perubahannya,” katanya.
PRK Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR akibat barah otak pada 25 Mac lalu.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan semalam sebagai hari penamaan calon dan 25 April sebagai hari mengundi.
PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan calon Barisan Nasional, PR dan dua bebas.

Johan, Chandran akan dipecat dari UMNO, MIC


HULU SELANGOR - Kedua-dua calon bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Johan Mohd Diah dan VS Chandran, masing-masing akan dipecat daripada UMNO dan MIC.
Tindakan pemecatan ini kerana Johan yang juga AJK Pemuda UMNO Shah Alam dan Chandran, bekas Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor akan menentang calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan.
Mengikut peraturan UMNO, ahli parti tidak boleh menentang calon parti itu.
Usul mengenai pemecatan Johan disahkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda BN ketika dihubungi wartawan tengah hari, semalam. :
“Dia akan dipecat daripada parti dan kita akan kemukakan perkara ini kepada Lembaga Disiplin UMNO selepas ini,” katanya.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Veelu berkata, Chandran, yang berkhidmat sebagai naib pengerusi dari tahun 2003 hingga 2009, dan kini digantung setahun, akan dipecat daripada MIC.
Katanya, Chandran melanggar peraturan dan prinsip parti dengan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil.

SEKITAR PENAMAAN CALON HULU SELANGOR P.094 16/04/2010
  1. puluhan ribu membanjiri pusat penamaan calon untuk memberi sokongan 100% kepada calon dari PKR datuk zaid ibrahim
  2. kaum orang asli pahang turut hadir memberi sokongan sebagai tanda protes rampasan tanah dibeberapa kampung adat disana.
  3. pertandingan 4 penjuru PKR,BN dan dua calon bebas iaitu johan dan chandra masing-masing sebenarnya dari mic dan umno
  4. kekecohan dari dua-dua penyokong BN DAN PR
  5. pihak polis dapat mengawal kekecohan yang berlaku dan ada dalam beberapa orang di tahan untuk membantu siasatan
SHAH ALAM – Penyokong parti politik perlu memperlihatkan kematangan dan sentiasa rasional semasa melakukan provokasi pilihan raya bagi mengelakkan daripada insiden buruk dan kekecohan berlaku.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian berkata, penyokong parti perlu matang selari dengan kematangan politik parti yang diwakilinya.
“Ini kerana jika mereka bertindak menimbulkan kekecohan akan memberi impak kepada parti politik yang disokongnya kemungkinan akan menjejaskan jumlah undi kepada calon dan parti yang disokongnya.
“Penyokong parti perlu bertamadun, berhemah dan bermoral. Jika penyokong bertindak secara radikal dan ekstrem adalah seperti memperlihatkan sifat sebenar parti politik yang disokongnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, provokasi keterlaluan oleh para pe nyokong parti politik yang ekstrem semasa pilihan raya dijangka akan terus menjadi trend jika tiada penekanan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.
“Insiden kekecohan yang berlaku semasa pilihan raya tercetus daripada tindakan emosional penyokong parti politik ekstrem dan radikal yang terlalu taksub dengan calon dan parti yang disokongnya.
“Oleh kerana terlalu taksub, provokasi yang dilakukan pada mulanya untuk memberi sokongan kepada calon dan parti akhirnya menjadi tidak terkawal dengan tindakan melemparkan objek kepada penyokong lain sehingga menjadi kecoh,” katanya.
Beliau berkata, trend menjadikan pilihan raya sebagai ‘medan’ provokasi ekstrem akan berlanjutan jika tiada penguatkuasaan undang-undang dan mekanisme dalam mengawal tingkah laku penyokong parti politik.
“Walaupun kekecohan pilihan raya di negara ini masih lagi terkawal, kebimbangan apabila gejala ini tidak dibendung akan memberi kesan kepada keselamatan negara,” katanya.

IPOH - Tindakan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mempertikaikan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak boleh dianggap sebagai ugutan.  

Sebaliknya, menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kenyataan itu semata-mata mengemukakan cadangan, tetapi telah disalah anggap kerana dibuat secara terbuka.
Katanya, Samy juga tidak berhasrat melakukan sebarang tindakan yang diibaratkan sebagai ugutan kerana ia bukan cara BN menyelesaikan sebarang permasalahan.
“Sebagai pemimpin sebuah parti komponen BN, beliau mungkin mempunyai pandangan dan penilaiannya tersendiri terhadap calon MIC yang dicadangkan. Apa yang penting ialah kesepakatan yang dicapai dalam semangat BN untuk membolehkan kepimpinan tertinggi parti membuat keputusan terhadap calon. “Saya juga yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat mempertimbangkan perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita pada majlis penutup Forum Kepimpinan Berkualiti Bersama Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak di sini, semalam.
Menurut Dr Zambry, pada pilihan raya kecil itu, kepimpinan BN perlu melihat kepada tahap sokongan pengundi di Hulu Selangor bagi memastikan kejayaan.


SEREMBAN - Penyanyi, Abdillah Murad Md Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 27, maut dalam kemalangan di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang–Seremban Sdn Bhd (Lekas), di sini, lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, Allahyarham yang popular dengan gandingan penyanyi Siti Nordiana atau Nana, meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebuah papan tanda. Achik dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2, dekat sini, selepas menghadiri satu program bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kuala Lumpur.
Ketika kejadian, Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sebelum kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaikinya terbakar lalu meletup.
Orang ramai dan beberapa pekerja Lekas yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkannya penyanyi tersebut, bagaimanapun gagal.
Rakan mangsa, Mohd Salihin Shah Mohd Salleh, 29, yang berada di dalam kereta berjaya dibawa keluar dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah berkata, mangsa meninggal di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya melanggar papan tanda selepas kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.
"Allahyarham dikatakan tercampak keluar dan tidak sedarkan diri sebaik sahaja keretanya merempuh tiang papan tanda berkenaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari kenderaan dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia disahkan meninggal dunia. "Bomba menerima panggilan pada jam 6.32 petang dan kebakaran berjaya dipadamkan beberapa minit kemudian," katanya. Jenazah akan dituntut keluarga jam 10 pagi ini selepas selesai bedah siasat untuk dibawa ke rumah keluarga isterinya di Taman Bukti, Ampangan di sini.
Sementara itu, isteri dan keluarga Allahyarham enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan kejadian tersebut

NIE APAHAL PULAK?????
kejap nak bertanding tpi tuptap2 tak jadi pulak..knpe blh jdi perkara nie..takut kena pecat terus tarik diri..kalau rase betul-betul nak membela rakyat perlu ker nak tarik diri..kenapa tak teruskan kan hajat di hati,ataupun ade tekanan dari beberapa pihak untuk menarik diri??? ini salah satu petikan berita dari sinarharian:

HULU SELANGOR – Calon bebas, V S Chandran semalam membuat pengumuman menarik diri dari bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, 25 April nanti.

Chandran, 45, bersama penyokongnya hadir di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor kira-kira jam 1 petang bagi menyerahkan sendiri borang penarikan calon bertanding di Bilik Gerakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di sini, semalam.
Beliau yang merupakan bekas Timbalan Ketua MIC Hulu Selangor menyerahkan borang berkenaan kepada Pegawai Daerah, Nor Hisham Ahmad Dahlan.
“Saya buat keputusan tengah malam semalam (kelmarin) selepas mendapat dari keluarga dan pandangan dari beberapa sahabat yang arif dalam bidang politik. “Lagipun saya sayang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta akan memberikan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) dan bukannya MIC,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, ketika ditanya mengapa beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas sebelum ini, beliau berkata, sewaktu itu beliau berasa marah dengan Presiden MIC, Datuk Sri Samy Vellu dan calon pilihannya iaitu, Datuk G Palanivel.
“Saya tidak mempunyai masalah dengan parti komponen lain sama ada BN, MCA, Gerakan atau Parti Progresif Rakyat (PPP) melainkan MIC kerana MIC tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.
“Di sini apa yang BN pilih, saya akan sokong termasuklah memberi sokongan penuh kepada P Kamalanathan kerana saya anggap beliau calon BN dan bukannya MIC,” katanya.
Menurutnya, beliau telah memaklumkan hasratnya itu kepada penyokongnya dan memberitahu kesemua mereka akan mengundi BN.
Dengan penarikan diri Chandran itu, pilihanraya di sini menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu dari Barisan Nasional, P Kamalanathan, calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dan calon Bebas, Johan Mohd Diah.
Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan mengesahkan menerima Borang 6 yang diserahkan Chandran bagi menarik diri dari bertanding.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Chandran mempunyai hak untuk menarik diri dari bartending pada pilihan raya nanti.


SUMBER DI PETIK DARI WWW.SINARHARIAN ,WWW.HMETRO.COM.MY  DAN WWW.HARAKAHDAILY.NET